BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 1 September 2013

MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI DEMI KEJAYAAN

1. SAYA ADALAH JUARA
 
   Oliver dan Wilbur Wright adalah orang pertama yang mencipta kapal terbang. Sebelum dapat mengemudi
   kapal terbang buatan sendiri dengan jayanya di Kittyhawk,Amerika Syarikat pada tahun 1904 mereka 
   telah gagal beberpa kali. Namun mereka tidak pernha berputus asa.
   itulah salah satu sifat yang dimiliki mereka yang bergelar juara. Mereka bukan sahaja hebat dalam erti kata    menguasai sepenuhnya dalam bisang yang diceburi, malah mereka tidak mudah berputus asa. mereka 
   tidak mudah menyerah kalah. 
   
    mereka sentiasa mengena pasti kelemahan-kelemahan mereka dan cuba memperbaiki. ketika menghadapi
    apa jua kesukaran dalam apa-apa tugas mereka berusaha mencari jalan penyelesaian.Mereka tidak 
    mudah mengalah.Kita perlu mencontohi sifat-sifat juara ini, kita perlu berusaha bersunggu-sungguh dan
    mendapatkan bantuan yang perlu agar perkara yang dicita-citakan tercapai. 
    Malang sekali jika itu pilihan orang ramai BIAR KALAH TETAPI JANGAN  MENGALAH 
    


2.SIKAP ADALAH KUNCI UTAMA KEPADA KECERDASAN OTAK
 
   Setiap manusia dianugerahkan Tuhan dengan akal yang sempurna. Hanya boleh mengubah sesuatu yang 
   ada di dunia. Seharusnya kita perlu bersyukur atas pemberian tersebut  dengan menggunakannya dengan 
   sebaik  mungkin. individu yang cemerlang lazimnya sentiasa bersikap positif, tidak seperti hangat-hangat 
   tahi ayam. mereka sentiasa cuba untuk mengikis perasaan bimbang yang tidak menentu. ada masanya 
   kita terlalu memikirkan risiko sesuatu pekerjaan yang kita lakukan. Hal ini boleh boleh diatasi apabila kita 
   betul-betul yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri.

   mengikut kajian pakar-pakar motivasi, apabila seseorang individu itu mempunyai sikap dan memikirkan 
   positif, sebenarnya 60% kejayaan sudah dicapai. sikap ingin terus berusaha dengan bersungguh-sungguh 
   untuk berjaya dalam mencapai matlamat dan sentiasa berdoa kepada tuhan agar dikurniakan otak yang 
   cerdas dan jiwa yang tenang juga amat diperlukan.

No comments:

Post a Comment