BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 1 June 2014

berubahlah , kembalilah ke jalan ALLAH

Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah fillah 

transformasi ? atau mungkin kata lain bagi itu ''PERUBAHAN'' . semua orang pasti inginkan perubahan dalam kehidupan mereka . yang miskin mahu kaya , yang kaya mahukan penghormatan . cuma apa yang dapat dijelaskan disini , sama ada perubahan yang dipilih itu berada pada jalan yang betul ataupun salah. 

Baiklah,
Tidak kira remaja ataupun warga emas , pasti pernah melakukan kesilapan . sama ada benda itu secara tidak sengaja ataupun berlaku diatas kehendak sendiri. semua manusia pasti terlibat dengan kesalahan masing-masing tapi tak semua manusia yang inginkan perubahan untuk menjadi insan yang lebih baik. tidak semestinya hendak berubah perlukan hidayah dari ALLAH  . perkara itulah yang selalu sangat dibahaskan dalam media sosial ''aku nak berubah , tapi aku kena tunggu hidayah dari ALLAH'' . hairan sekali , bagaimana mereka dapat memastikan hidayah ALLAH itu boleh datang kepada mereka? apakah yang mereka tunggu-tunggukan? mereka nak lihat hidayah ALLAH yang datang kepada mereka itu dari segi apa? sebenarnya . hidayah ALLAH itu sudah ada , cuma mereka sahaja yang tidak mahu menerima . perubahan itu memerlukan kesungguhan . apa-apapun kerja memerlukan tindakan. malah bermain ''facebook'' pun memerlukan tindakan. tindakan perubahan ini umpama mengupdate status yang berfaedah, boleh memberi manfaat , dapat feedback daripada orang lain walaupun bilangan ''likers'' yang sikit. tetapi mereka yang , mengupdate perkara yang tidak berfaedah . mereka juga akan mendapat feedback dan perhatian , tetapi perhatian tu dalam  bentuk yang negatif. jadi ianya sinonim dengan berubah kepada yang lebih baik akan dapat memberi manfaat kepada orang lain , tetapi berubah ke arah yang negatif akan dapat dosa dan perbuatan yang sia sia . 

saya pun insan biasa yang sering dibelenggu dengan dosa sendiri . tapi tak pernah kah kita sedar, ''SAMPAI BILA'' perkara ini akan berlanjutan.sampai kita tua ? sampai di hujung nyawa kita ? ataupun ''tak sempat''/ tak pernahkah sedikitpun untuk jadi yang terbaik ? tak segan ke kita dengan mereka yang kuat pegangan iman , sentiasa patuh dengan kehendak ALLAH ?  tak segan ke kita melihat mereka yang sentiasa menutup aurat dan menjaga batasan pergaulan ? Subhanallah , saya pernah menangis kerana mereka seolah-seolah hidup dalam keadaan yang tenang . sedangkan saya ? sering menghadapi masalah yang saya sendiri tak mahu hadapi . dan suka mengambil jalan yang tak sepatutnya saya redahi. mereka begitu bijak menghadapi masalah mereka dengan begitu tenang sekali. mereka habiskan masa dan waktu harian mereka , membasahi mulut mereka dengan zikrullah. YA ALLAH , saya rasa malu dengan ALLAH , ALLAH menciptakan saya untuk saya patuh dengan kehendaknya . tapi yang saya tahu , membuang masa dengan perkara yang jahil. Sampai bila kita nak tunggu ? berubahlah , kembalilah ke jalan ALLAH. sesungguhnya ALLAH maha pengampun dan maha mengasihani

Friday 14 February 2014

CHALLENGING

LIFE YANG TAK BERAPA NAK LIFE 

Serious lama dah tak update blog ni.. Syukur sangat sebab masih ingat p/s.. busy dengan sekolah kan.. al-maklumlah masih pelajar .. anw, banyak sangat yang dah jadi sepanjang 2 tahun ni.. challenging gila life ni kan.. tak tau lah life orang lain cemana pulak.. masa tahun 2013 - 2014 ni lah paling berak nanang sangat pada aku.. 3 kali handphone lesap macam tu je.. i-phone 3gs , galaxy note 1 , i-phone 4 .. kenapalah ada manusia macam diorang ni, jahat bena .. suka amik hak orang lain . tak malu ke...so now, aku make decisions, yang aku malas dah nak berhandphone-handphone buat masa sekarang.. dari tadi dok bercerita kann . takdelah just nak tahu ada tak orang lain yang life dia sama dengan aku ? hmm . nvm-

Cuma nak bagitahu laa.. apa kejahatan sekalipun yang kita buat.. pembalasan dunia akhirat tu definitely wujud.. mak aku cerita , nanti kat akhirat ada screen besar yang mana , semua orang akan tengok kita punya attitude dekat dunia.. till now , masih terfikir apa akan jadi pada parents aku tahu kalau aku buat jahat blakang diorang..time tu dah takde nak menyesal.. kalau jahat , paaapppp api neraka sana.. kalau kita masih dalam iman , syurga tempat kita.. act, life ni tak susah mana.. tpi kalau sekali kita buat jahat .. dapat hidayah ALLAH sekalipun kalau tak sincere, senang je syaitonirojim tu datang ngasut !

Pernah nak cuba untuk berubah , dah berubah pun.. tapi benda paling worst , susah nak kekalkan transfomation nyaa tu / ISTQAMAH.. aku cakap based pada aku pernah alami.. kalau iman kita kuat, benda tu akan jadi simple sangat.. Pernah lah satu hari tu , niat nak berubah much better laa.. tapi dalam seminggu back to the old.. sampailah ke sekarang.. bukan berubah apapun -teringin pakai tudung labuh- haha.. lepas tu ada high desire .. nak berNIQAB.. so, terfikir lah. kalau pakai tudung labuh ni pun sekerat jalan apetah lagi nak berniqab..

hmmm, belum jodoh lagi nak berniqab.. benda tu pun sunat kan..berbalik pada life.. as student, memang banyak dugaan.. first dengan nak fokus study lagi , nak banggakan parents.. most pada study lah.. kalau depa yang sibuk bercintan tuu,tak taulahh..dugaannya kan .. tapi rasa macam waste je fikir pasal cintan ni.. hati mak bapak tu jaga dulu.. apalah dugaan yang datang lepasni :/ pasrah jee.. exam pun around d corner.. dedor tak dedor lah..''wang johor'' haha.. sains stream  ni subject taff .. pandai-2 lah nak handle.. dengan bio nye yang buat aku biol.. haaaaa.. kalau mampu jerit kan.. rasa nak pegi satu place yang lapannggggg gila.. pastu nak jerit kuat-kuat.. hmm sekarang ada satu tips je nak hilangkan stress.. makan banyak2 lepastu tidur.. tapi masalah tu tetap ada.. tak lari mana pun.. makin tangguh, makin bertubi-tubi dia hentam kita .. so, paling senang banyakkan berdoa.. usaha dulu baru tawakal.. ramai part dari kita ni ,, tawakal lebih. usaha taknak pulak.. okay , type banyak pun Tak guna,, up here alone .. daaaa





Sunday 1 September 2013

MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI DEMI KEJAYAAN

1. SAYA ADALAH JUARA
 
   Oliver dan Wilbur Wright adalah orang pertama yang mencipta kapal terbang. Sebelum dapat mengemudi
   kapal terbang buatan sendiri dengan jayanya di Kittyhawk,Amerika Syarikat pada tahun 1904 mereka 
   telah gagal beberpa kali. Namun mereka tidak pernha berputus asa.
   itulah salah satu sifat yang dimiliki mereka yang bergelar juara. Mereka bukan sahaja hebat dalam erti kata    menguasai sepenuhnya dalam bisang yang diceburi, malah mereka tidak mudah berputus asa. mereka 
   tidak mudah menyerah kalah. 
   
    mereka sentiasa mengena pasti kelemahan-kelemahan mereka dan cuba memperbaiki. ketika menghadapi
    apa jua kesukaran dalam apa-apa tugas mereka berusaha mencari jalan penyelesaian.Mereka tidak 
    mudah mengalah.Kita perlu mencontohi sifat-sifat juara ini, kita perlu berusaha bersunggu-sungguh dan
    mendapatkan bantuan yang perlu agar perkara yang dicita-citakan tercapai. 
    Malang sekali jika itu pilihan orang ramai BIAR KALAH TETAPI JANGAN  MENGALAH 
    


2.SIKAP ADALAH KUNCI UTAMA KEPADA KECERDASAN OTAK
 
   Setiap manusia dianugerahkan Tuhan dengan akal yang sempurna. Hanya boleh mengubah sesuatu yang 
   ada di dunia. Seharusnya kita perlu bersyukur atas pemberian tersebut  dengan menggunakannya dengan 
   sebaik  mungkin. individu yang cemerlang lazimnya sentiasa bersikap positif, tidak seperti hangat-hangat 
   tahi ayam. mereka sentiasa cuba untuk mengikis perasaan bimbang yang tidak menentu. ada masanya 
   kita terlalu memikirkan risiko sesuatu pekerjaan yang kita lakukan. Hal ini boleh boleh diatasi apabila kita 
   betul-betul yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri.

   mengikut kajian pakar-pakar motivasi, apabila seseorang individu itu mempunyai sikap dan memikirkan 
   positif, sebenarnya 60% kejayaan sudah dicapai. sikap ingin terus berusaha dengan bersungguh-sungguh 
   untuk berjaya dalam mencapai matlamat dan sentiasa berdoa kepada tuhan agar dikurniakan otak yang 
   cerdas dan jiwa yang tenang juga amat diperlukan.

Wednesday 24 July 2013

AYAT SWEET

  1. KIRANYA TIADA CINTA INSAN UNTUKKU... CUKUPLAH CINTA ALLAH PENYULUH HIDUPKU...MOGA NANTI AKAN ADA CINTA UNTUKKU DARIPADA INSAN YANG MENCITAI ALLAH SEBAGAIMANA CINTAKU TERHADAPNYA..
  2. DISAAT ORANG YANG KAMU SAYANGI PERGI BIARKAN DIA PERGI KERANA SUATU SAAT NANTI DIA PASTI AKAN MEMOHON PADA MU UNTUK MENJADI ORANG YANG TERPENTING DALAM HIDUPNYA LAGI.
  3. KADANGKALA KITA TERPAKSA MELUKAKAN HATI SENDIRI UNTUK MELIHAT ORANG YANG KITA SAYANG TU BAHAGIA
  4. LELAKI SELALU ANGGAP WANIA MELECEHKAN. TAPI KALAU LELAKI BOLEH FAHAM SEBENARNYA WANITA NAK KAN YANG TERBAIK UNTUK LELAKI YANG DIA CINTA DAN SAYANG SEBAB TU BENDA REMEH PUN DIAMBIL KIRA OLEH WANITA..
  5. PEREMPUAN AKAN MENGADU MASALAH YANG MEREKA ADA HANYA DEKAT ORANG YANG BETUL-BETUL MEREKA SAYANG  BUKANNYA NAK SUSAHKAN KORANG
  6. KADANG.. ADA SAAT DIMANA AKU HARUS MENGHADAPI SEMUA DENGAN SENDIRI MESKI HATI MENANGIS, TAK ADA PILIHAN LAIN SELAIN BERUSAHA TEGAR.. KEADAAN MEMAKSAKU HARUS KUAT MESKI SEBENARNYA KU TAK MAMPU
  7. JANGAN PERNAH KECEWA JIKA ADA DOAMU MASIH BELUM DIMKBULKAN..ALLAH TAHU PERMINTAANMU ITU TIDAK DIPERLUKAN, SEBAB ITU DIA TAK BERI TETAPI KETAHUILAH ALLAH ITU TIDAK ZALIM, DIA AKAN MENGGANTIKAN DENGAN YANG LEBIH BAIK UNTUKMU.. *ALLAH CINTA AGUNGKU
  8. CINTA PALING BESAR ADALAH CINTA TUHAN KEPADA UMATNYA , CINTA PALING TULUS ADALAH CINTA ORANG TUA PADA ANAKNYA, CINTA SEJATI AKU DAN KAMU <3
  9. SETIAP MANUSI REZEKI TIDAK SAMA ADA YANG DAPAT KERJA AWAL, ADA YANG DAPAT JODOH AWAL, ADA YANGDSAPAT PELUANG SAMBUNG BELAJAR TINGGI, ADA YANG MURAH REZEKI, SENTIASA UNTUNG , CUKUP SEMUA KEPERLUAN DAN MACAM LAGI YANG ALLAH BAGI. TAPI JANGAN SOMBONG, SEBAB ITU SEMUA HANYA PINJAMAN DAN PEMILIK SEBENAR ADALAH ALLAH SWT.. INGAT KESENANGAN JUGA ADALAH SUATU DUGAAN

Saturday 20 July 2013

HOTEL ATAS GUNUNG YANG AMAZING


Hotel del salto ini telah dibuka secara rasmi pada 1924 pada 1924 berdekatan dengan Tequendama Falls, Bogotá River, Colombia dan sayangnya hotel ini telah ditutup pada 1990′an. Orang ramai speculate hotel ini berhantu dan disebabkan itu tidak ramai yang datang menginap dalam hotel ini tapi salahsatu sebab kenapa hotel ini ditutup mungkin adalah kerana sungai berdekatan dengan hotel telah tercemar.   
  

Monday 6 May 2013

PENGORBANAN

'' PENGORBANAN '' bukan sekadar ayat .. hey ! tolonglah faham ? haha okay-okay.. over :* ..  whatever sacrifices in this life , ia tetap BERMAKNA .. saya pun pernah '' BERKORBAN '' tapi tapi tapii ... takda pa lah.. as example lah kan , ibu korang .. semua orang mesti tau kan dia terlalu lalu lalu banyak berjasa pada kita :) dia menanggung beban dalam perut dia tu ! 9 months .. korang dahlah berat macam gajah ! hahaha. just kidding.. hihi.. tu satu hal babe, she's bore us :) sakittt weiii !!! nak balass pengorbanan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat untuk kita tu memang payah.. bertaruh nyawa .. isk isk ;'( .. that's y kita kena usaha lebih.. tapi kann , bila dia marah kita .. kenapa sibuk sangat nak melawan.. tak kira lahh apa yang dia cakap pun.. kita sabar je lahh :) kalau dia suruh buat je lahh. susah sangat ke ! haha ''actually , saya pun cenggitu'' tapi takpa . boleh berubah kan ? kan kan kan?? good guys :)..haa layan video ni :)




Wednesday 27 February 2013

BAB 1 BIOLOGI

BISMILLAH :) Assalamualaikumna 

Zati nak menyumbang sedikit ilmu.. zati nak exam esok.. jadinya zati nak update blog pasal subjek exam sok BIOLOGI.. supaya zati dapat ingat sikit-sikit.. korang pun exam jugak kan?? PKSM 1.. Pn.Suraya kata, masuk semua yang dia dah ajar.. kalau tak silap zati 4 chapter dah..see? banyak kan? takpe2 jangan risau..rilex je :/ macammana nak start ni?? okay..zati mula dari PENGENALAN BIOLOGI..

Apakah Biologi?
Biologi adalah kajian tentang benda hidup,persekitaran dan hubungan antara benda hidup dengan persekitaran. 
(KTBH.PDHABDP) #cara mudah nak afal :) 

Kepentingan Biologi:-
i-memahami bagaimana Badan Berfungsi
ii-mengetahui cara merawat penyakit
iii-menyelamatkan spesies terancam yang hampir pupus 
iv-memahami hubungan antara benda hidup dan persekitaran 
(BB,MP,ST,BP) #baby mak pah stay BP

digunakan Dalam ?
i-perubatan(menghasilkan ubt2/mencegah dan merawat penyakit)
ii-pertanian(perbaiki kualiti&kuantiti penghasilan makanan)
iii-industri(m'hasilkan/memproses makanan y berkhasiat)
iv-penyelidikan(dlm kejuruteraan genetik dan penyelidikan sel pangkal)


BIDANG KAJIAN BIOLOGI 
-Bioteknologi(teknologi/tingkatkan kualiti)
-Fisiologi(sistem saraf badan)
-Taksonomi(pernamaan)
-Ekologi
-Botani
-Genetik
-Anatomi

*kerjaya yang berkaitan dengan biologi...korang boleh fikir sendiri kan?*

PENYIASATAN SAINTIFIK
1.memerlukan kemahiran saintifik,kaedah saintifik dan Nilai-2 murni *MKN #cara mudah hafal
2.meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif

kemahiran saitifik ----->kemahiran proses sains (kemahiran berfikir)
                               ------>kemahiran manipulatif (kemahiran psikomotor)

Kaedah saintifik (pendekatan sistematik untuk menyiasat situasi peristiwa dan fenomena)

KAEDAH SAINTIFIK


  • mengenal pasti masalah
  • hipotesis
  • merancang eksperimen
  • kawal pemboleh ubah
  • mengendalikan eksperimen
  • mengumpul data
  • analisis dan tafsir data
  • kesimpulan 
  • laporan    
*MHR , PMD . AKL