BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 1 June 2014

berubahlah , kembalilah ke jalan ALLAH

Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah fillah 

transformasi ? atau mungkin kata lain bagi itu ''PERUBAHAN'' . semua orang pasti inginkan perubahan dalam kehidupan mereka . yang miskin mahu kaya , yang kaya mahukan penghormatan . cuma apa yang dapat dijelaskan disini , sama ada perubahan yang dipilih itu berada pada jalan yang betul ataupun salah. 

Baiklah,
Tidak kira remaja ataupun warga emas , pasti pernah melakukan kesilapan . sama ada benda itu secara tidak sengaja ataupun berlaku diatas kehendak sendiri. semua manusia pasti terlibat dengan kesalahan masing-masing tapi tak semua manusia yang inginkan perubahan untuk menjadi insan yang lebih baik. tidak semestinya hendak berubah perlukan hidayah dari ALLAH  . perkara itulah yang selalu sangat dibahaskan dalam media sosial ''aku nak berubah , tapi aku kena tunggu hidayah dari ALLAH'' . hairan sekali , bagaimana mereka dapat memastikan hidayah ALLAH itu boleh datang kepada mereka? apakah yang mereka tunggu-tunggukan? mereka nak lihat hidayah ALLAH yang datang kepada mereka itu dari segi apa? sebenarnya . hidayah ALLAH itu sudah ada , cuma mereka sahaja yang tidak mahu menerima . perubahan itu memerlukan kesungguhan . apa-apapun kerja memerlukan tindakan. malah bermain ''facebook'' pun memerlukan tindakan. tindakan perubahan ini umpama mengupdate status yang berfaedah, boleh memberi manfaat , dapat feedback daripada orang lain walaupun bilangan ''likers'' yang sikit. tetapi mereka yang , mengupdate perkara yang tidak berfaedah . mereka juga akan mendapat feedback dan perhatian , tetapi perhatian tu dalam  bentuk yang negatif. jadi ianya sinonim dengan berubah kepada yang lebih baik akan dapat memberi manfaat kepada orang lain , tetapi berubah ke arah yang negatif akan dapat dosa dan perbuatan yang sia sia . 

saya pun insan biasa yang sering dibelenggu dengan dosa sendiri . tapi tak pernah kah kita sedar, ''SAMPAI BILA'' perkara ini akan berlanjutan.sampai kita tua ? sampai di hujung nyawa kita ? ataupun ''tak sempat''/ tak pernahkah sedikitpun untuk jadi yang terbaik ? tak segan ke kita dengan mereka yang kuat pegangan iman , sentiasa patuh dengan kehendak ALLAH ?  tak segan ke kita melihat mereka yang sentiasa menutup aurat dan menjaga batasan pergaulan ? Subhanallah , saya pernah menangis kerana mereka seolah-seolah hidup dalam keadaan yang tenang . sedangkan saya ? sering menghadapi masalah yang saya sendiri tak mahu hadapi . dan suka mengambil jalan yang tak sepatutnya saya redahi. mereka begitu bijak menghadapi masalah mereka dengan begitu tenang sekali. mereka habiskan masa dan waktu harian mereka , membasahi mulut mereka dengan zikrullah. YA ALLAH , saya rasa malu dengan ALLAH , ALLAH menciptakan saya untuk saya patuh dengan kehendaknya . tapi yang saya tahu , membuang masa dengan perkara yang jahil. Sampai bila kita nak tunggu ? berubahlah , kembalilah ke jalan ALLAH. sesungguhnya ALLAH maha pengampun dan maha mengasihani

Friday, 14 February 2014

CHALLENGING

LIFE YANG TAK BERAPA NAK LIFE 

Serious lama dah tak update blog ni.. Syukur sangat sebab masih ingat p/s.. busy dengan sekolah kan.. al-maklumlah masih pelajar .. anw, banyak sangat yang dah jadi sepanjang 2 tahun ni.. challenging gila life ni kan.. tak tau lah life orang lain cemana pulak.. masa tahun 2013 - 2014 ni lah paling berak nanang sangat pada aku.. 3 kali handphone lesap macam tu je.. i-phone 3gs , galaxy note 1 , i-phone 4 .. kenapalah ada manusia macam diorang ni, jahat bena .. suka amik hak orang lain . tak malu ke...so now, aku make decisions, yang aku malas dah nak berhandphone-handphone buat masa sekarang.. dari tadi dok bercerita kann . takdelah just nak tahu ada tak orang lain yang life dia sama dengan aku ? hmm . nvm-

Cuma nak bagitahu laa.. apa kejahatan sekalipun yang kita buat.. pembalasan dunia akhirat tu definitely wujud.. mak aku cerita , nanti kat akhirat ada screen besar yang mana , semua orang akan tengok kita punya attitude dekat dunia.. till now , masih terfikir apa akan jadi pada parents aku tahu kalau aku buat jahat blakang diorang..time tu dah takde nak menyesal.. kalau jahat , paaapppp api neraka sana.. kalau kita masih dalam iman , syurga tempat kita.. act, life ni tak susah mana.. tpi kalau sekali kita buat jahat .. dapat hidayah ALLAH sekalipun kalau tak sincere, senang je syaitonirojim tu datang ngasut !

Pernah nak cuba untuk berubah , dah berubah pun.. tapi benda paling worst , susah nak kekalkan transfomation nyaa tu / ISTQAMAH.. aku cakap based pada aku pernah alami.. kalau iman kita kuat, benda tu akan jadi simple sangat.. Pernah lah satu hari tu , niat nak berubah much better laa.. tapi dalam seminggu back to the old.. sampailah ke sekarang.. bukan berubah apapun -teringin pakai tudung labuh- haha.. lepas tu ada high desire .. nak berNIQAB.. so, terfikir lah. kalau pakai tudung labuh ni pun sekerat jalan apetah lagi nak berniqab..

hmmm, belum jodoh lagi nak berniqab.. benda tu pun sunat kan..berbalik pada life.. as student, memang banyak dugaan.. first dengan nak fokus study lagi , nak banggakan parents.. most pada study lah.. kalau depa yang sibuk bercintan tuu,tak taulahh..dugaannya kan .. tapi rasa macam waste je fikir pasal cintan ni.. hati mak bapak tu jaga dulu.. apalah dugaan yang datang lepasni :/ pasrah jee.. exam pun around d corner.. dedor tak dedor lah..''wang johor'' haha.. sains stream  ni subject taff .. pandai-2 lah nak handle.. dengan bio nye yang buat aku biol.. haaaaa.. kalau mampu jerit kan.. rasa nak pegi satu place yang lapannggggg gila.. pastu nak jerit kuat-kuat.. hmm sekarang ada satu tips je nak hilangkan stress.. makan banyak2 lepastu tidur.. tapi masalah tu tetap ada.. tak lari mana pun.. makin tangguh, makin bertubi-tubi dia hentam kita .. so, paling senang banyakkan berdoa.. usaha dulu baru tawakal.. ramai part dari kita ni ,, tawakal lebih. usaha taknak pulak.. okay , type banyak pun Tak guna,, up here alone .. daaaa